Tuesday, October 2, 2012

Persahatan Doremon Dan Nobita



Kisah Doremon dan Nobita merupakan kisah persahabatan yang indah yang terselit di anime doremon. Begitu juga kisah persahabatan aku dengan cousin aku. kami sangat akrab dan saling berkongsi suka dan duka dalam perjalanan kehidupan ini. kalu dia gembira aku pon turut gembira. kalu dia sedih aku pon sedih la..dan dia pon sebaliknya..aku pegang watak doremon coz aku suka sangat dengan doremon manakala spupu aku pegang watak nobita. kazen aku nie seorang lelaki yang sebaya dengan aku. kalau orang yang xtaw pertalian persaudaraan kami mesti cakap aku bercinta dengan dia. tapi semua tu xbetol. aku xde abang jadi dia lah abang aku.aku sayang sangat kat dia...jgn salah faham lak..sayang aku kat dia hanya sayang seorang adik kepada seorang abang, sayang sebagai seoarng sepupu, sayang sebagai seorang sahabat, sayang doremon kepada nobita...hehehe...keakraban kami sampai disalah erti oleh orang yang xmengenali kami..sampai bf aku cemburu n gf dia pon same..kadang2 aku lebihkan sepupu aku dari bf sndri..jahat x??? tapi xsalah kan.?? coz dia lah abang aku yang selalu nasihat aku, selalu ade waktu aku sedih or gembira....thanks uda coz selalu ade bersama angoh walaupon kte selalu gaduh..tapi kite gaduh kejap je kan...angoh harap kte akan still cmnie sampai ble2x...cam doremon ngan nobita...:D

nie doremon yang sepupu aku tolong belikan tuk aku..hehehe



Disini ade beberape gambar-gambar yang menunjukkan keakrapan antara doremon dan nobita sebagai sepasang sahabat dan sama seperti angoh dan uda..hehehe:)









Wednesday, September 26, 2012

Aliran Kehidupanku

Ary nie 26/09/2012..sekarang aku berada di Universiti Utara Malaysia..siapa sangka ain yang dulu brutal yang xpandai (duduk lam klas yang paling terakhir) kini dah berjaya memasuki universiti..siapa sangka ain dapat sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Industri Kreatif Dengan Kepujian...


Semua member2x sekolah aku xpercaya dengan kebolehan aku sekarang..aku pon kadang xpercaya gak tapi semua nie berkat usaha dan dorongan dari family aku..tapi untuk aku sampai ke tahap ini berbagai dugaan yang ditempuh sejak zaman sekolah, zaman politeknik dan kini zaman universiti..


Zaman sekolah telah berjaya aq lalui walaupon  banyak dugaan..aq dulu zaman sekolah seorang yang nakal n suka bergaduh ngan laki..tapi bukan anti laki ye coz member aq pon sume laki jarang la ade member popuan..banyak kenangan yang aq xkan lupa zaman sekolah dulu..dulu aku selalu ponteng sekolah coz nk makan mee Kak ma..waktu rehat jer ilang dari sekolah..kuar pagar g makan kat kedai kak ma.hehehe..sampai pernah kantoi ngan pengetua coz lari dari sekolah..


Zaman politeknik lak zaman yang paling seronok. banyk event yang kami selalu buat bersama2x..shooting, event konvo, event makan malam diraja n banyak lagi..semua 2 sangat syokkkkk...walaupon banyak dugaan tapi aq berjaya lalui..tapi yang xseronak kerana pada hujung semester kami satu klas berpisah dengan cara bergaduh kerana kesilapan seseorng..itu sangat meyedihkan..


Disebabkan pergaduhan yang berlaku di hujung semester zaman diploma kini aq dipinggirkan oleh sumua kawan2 aku disebabkan kesalahan orang lain..adilkah itu???xpe la..demi melihat kawan2x aku bahagia aku sanggup dihukum oleh kawan2x.kini aq di zaman ijazah lak..xtaw lagi ape yang akan berlaku sepanjang pengajian aku disini..ade lg 3 tahun setengah tuk aku lalui..adakah aku berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda aku atau aku hanya terkandas ditengah jalan????itu aku hanya mampu berserah kepada ALLAH S,W,T..

Saturday, October 15, 2011

  Kawan??????bg korng betul ker kawan hanya untuk sementara????tp bg aku kwan adelah untuk selamenye...kwan sangat penting selepas family aku...aku lebih memerlukan BFF dari BF..aku syunk kawan-kawan aku..tp aku xtaw la plak kalau korng anggap kawan xpenting..aku sedih ngan keadaan sekarang..kawan yang dulu rapat ngan aku kini makin menjauh dengan satu kejadian salah faham..mybe dye xpernah menganggap aku sebagai kawan dye tp percayalah aku sentiase merindui kenangan kite bersama...xpe la itu hati dan perasaan ko sama ada ko still anggap aku kawan ko ker x.???.walau ape pon aq nk ucap terima kasih coz pernah menjadi sahabat aq walaupon seketika cuma..

 ko rasa kita jauh lg x? sebab kita da jarang bercakap.


emm, jap ea. aku admit mmg kita dah jauh sebab aku mintak maaf cakap macam ni tapi aku mmg dah langsung x percaya kawan _________ aku. sesiapa pun. dan aku angap semua orang kat sisi aku hipokrit. tapi itu semua terpulang kat aku lahh kan. kenapa nak ada org yang mempertikaikan. cuma pada sesetengah org aku faham..maybe sebab ikut2 org dan x de pendirian. 2 je. tapi aku x marah..cuma aku x percaya dan percayalah, hubungan kita cuma sementara..kalau kau terus-terusan dgr ckp org lain dulu sebelum tanya aku. whoever you aree..if i'm not mistaken. Mon, i still care and love you as my good friend..please make me believe in you again :)


aku taw ayat nie memang dituju untuk aku,..aku sedar kesalahan aku...tp aku dah mntak maaf..ko perlu ingat ko bkan sesiapa nk hukum orang.sedangkan nabi ampunkan umatnye..apatah kita sebagai manusia biase..tp aku xkisah ko xnak maafkan aku..itu hak ko!!!!!perasaan ko!!!!!hati ko!!!! y penting aku dah mintak maaf..

untuk pengetahuan ko nie blog aku..jd suka suki aku la nk tulis pasal sape...

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka Raye!!!!!!

 Raya tahun nie special sikit coz kta sambut raya n hari merdeka sama...2 in 1...jarang skali berlaku kn????? 
raya thun nie aku tgk fesyen baju bnyk wat bju kurung moden dan warna kelabu mnjadi pilihan di hari lebaran nie...(termasuklah aku...hikkk....hikkk....).


Cun  x aku???keh..keh      nie lak my mum..cun ag dari aku,.klas gitu!!!!

nie pic aq n kazen..(^_*)
......aku yg pling cun kn...ha...ha...(syok sendiri )....

nie suku dari kaum kerabatku..ramai ag xde.


aku pon sempat gak pergi sambut Merdeka Raye kat RTM kelantan. sambutannye meriah laa gak..sambutan nie diraikan sempena hari raye dan merdeka...merdeka raye kann???..majlis nie pon ramai gak artis datang.( tp ramai artis yang aq xkenal..xglomour kot..:P)


 dj RTM melaungkan MERDEKA!!!!!

nie la artis yang aku mksud kan..hehe..korang kenal ker??



hehe...walaupon gmbr aku nmpk ckit pon boleh laa...wekk..:P.

  Ape2 pon dalam kita gembira di hari lebaran nie...jgn dilupa pada org yg dlm kedukaan..salam takziah untuk family arwah kak shima...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....al-fatihah....amin....

  Disamping tu,bersyukur la pada yang Esa diatas kurniaan-Nya dan jgn dilupakan pada pejuang2 negara yg bnyk berbakti n berjasa pada negara...kerana mereka lah kita dapat menyambut hari lebaran nie dgn aman....

salam kemaafan tulus ikhlas dariku....
Raya!!! Raya!!! Raya!!!

DAN

salam kemerdakaan....
merdeka!!! merdeka!!! merdeka !!!





Sunday, August 28, 2011

Terkejut dengan pemergiannya.

  
  Hari nie 28 ogos 2011, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang akak senior yang sangat periang. pagi tadi aku menerima masej dari Syazwani Mazlan yang menyatakan bahawa kak syima dah meninggal akibat kemalangan.mula-mula aku xpercaya tp setelah aku buka fb dan ramai kawan-kawan mengucapkan takziah baru aku percaya..memang susah nk percaya arwah pergi dengan sekelip mata je..masih ingat kenangan bersama arwah. mase kelas komik lecture selalu kacau arwah kerana arwah seorang yang suka bergurau dan periang....

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah.

~Al-Fatihah~

Petikan dari Surat Khabar Sinar Harian

IPOH - Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.

Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya, katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan.- Bernama




ya allah kau cucurilah rahmat kepada arwah 

dan tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yg beriman.

sesungguhnya dari NYA dia kita datang kepada dia kita


 kembali..dan ingatlah kematian tidak mengira usia..


ajal maut semua ditangan Nya...

Thursday, August 25, 2011

mood raye!!!!

Dah lame gler rase aq xtulis kat blog nie sampai dah berhabuk nie..gegege..sebenarnya aq xsempat la nk menulis blog..bz sngt ngan assgmnt..hehe( buat2 bz),.biase la life studentkan...kalau aq menulis lam blog nie pon aq xtaw nk tulis ape...ermm..nk tulis ape ye???k la..Di kesempatan ini aq nk mntak maaf dari ujung rmbut sampai ujung kaki kalau aq ada lakukan kesalahan kepada yang mengenali aq atau blom mengenali aq..





maaf ye kawan2x....yeyeyehh...dah nk raye..esok aq akan pulang ke kampung. Doakan perjalanan pulang aq selamat dan redhai allah ye kwan..xsabar dah nie nk jmpe adik, ma , abah n atuk n semua la kat kmpung..kepada kwn2 aq yg kat kampung 2 nnti raye jemputlah datang ke rumah ye..aq tunggu korng datang umah taw..hehehe,,k la sampa sini je la aq menulis ary nie...nie pon dah msuk waktu subuh dah...k bye3x..jika ade kesempatan aq menulis lg ye....




Sunday, April 10, 2011

"sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"..itu lah kata-kata yang sangat berharga..sahabat bukan untuk dijadikan teman semasa senang sja.. tetapi semasa susah..ade dikalangan manusia hanya mencari teman sewaktu dalam kesusahan..bila senamg sahabat yang selama ini bersusah dengan nya langsung tidak dihiraukan..manusia2x...tapi itu lah hakikat sebenar..terlalu ramai sahabat yang Allah kurniakan untuk diri kita.. sama ada kita menyedari atau tak sahabat adalah orang yang paling hampir dengan diri kita.. kita menganggap bahawa sahabatlah yang terlalu memahami kita.. tapi, tidakkah kita ketahui ada lagi sahabat yang lebih memahami diri kita.. dikala kita gembira,Dia akan lebih menggembirakan kita.. Dikala kita bersedih, Dia akan menenangkan kita.. berdoalah. Sahabat kita ini tidak akan pernah meninggalkan kita, melupakan kita walau apapun keadaan kita...ini adalah tip untuk mencari sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

>Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

>Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

>Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

>Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

>Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

>Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

>Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

>Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

>Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

>Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

>Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

>Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;


>Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

>Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

>Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

>Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

>Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

>Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

>Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.