Sunday, August 28, 2011

Terkejut dengan pemergiannya.

  
  Hari nie 28 ogos 2011, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang akak senior yang sangat periang. pagi tadi aku menerima masej dari Syazwani Mazlan yang menyatakan bahawa kak syima dah meninggal akibat kemalangan.mula-mula aku xpercaya tp setelah aku buka fb dan ramai kawan-kawan mengucapkan takziah baru aku percaya..memang susah nk percaya arwah pergi dengan sekelip mata je..masih ingat kenangan bersama arwah. mase kelas komik lecture selalu kacau arwah kerana arwah seorang yang suka bergurau dan periang....

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah.

~Al-Fatihah~

Petikan dari Surat Khabar Sinar Harian

IPOH - Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.

Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya, katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan.- Bernama




ya allah kau cucurilah rahmat kepada arwah 

dan tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yg beriman.

sesungguhnya dari NYA dia kita datang kepada dia kita


 kembali..dan ingatlah kematian tidak mengira usia..


ajal maut semua ditangan Nya...