Wednesday, January 26, 2011

Di mana Cantiknya Seorang Wanita?

Cantiknya seorang wanita itu,
 sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstick pada bibir mekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
 Cantik seorang wanita itu, 
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanita itu
,
 sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu,
 
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

@};-Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada dir..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu