Saturday, October 15, 2011

  Kawan??????bg korng betul ker kawan hanya untuk sementara????tp bg aku kwan adelah untuk selamenye...kwan sangat penting selepas family aku...aku lebih memerlukan BFF dari BF..aku syunk kawan-kawan aku..tp aku xtaw la plak kalau korng anggap kawan xpenting..aku sedih ngan keadaan sekarang..kawan yang dulu rapat ngan aku kini makin menjauh dengan satu kejadian salah faham..mybe dye xpernah menganggap aku sebagai kawan dye tp percayalah aku sentiase merindui kenangan kite bersama...xpe la itu hati dan perasaan ko sama ada ko still anggap aku kawan ko ker x.???.walau ape pon aq nk ucap terima kasih coz pernah menjadi sahabat aq walaupon seketika cuma..

 ko rasa kita jauh lg x? sebab kita da jarang bercakap.


emm, jap ea. aku admit mmg kita dah jauh sebab aku mintak maaf cakap macam ni tapi aku mmg dah langsung x percaya kawan _________ aku. sesiapa pun. dan aku angap semua orang kat sisi aku hipokrit. tapi itu semua terpulang kat aku lahh kan. kenapa nak ada org yang mempertikaikan. cuma pada sesetengah org aku faham..maybe sebab ikut2 org dan x de pendirian. 2 je. tapi aku x marah..cuma aku x percaya dan percayalah, hubungan kita cuma sementara..kalau kau terus-terusan dgr ckp org lain dulu sebelum tanya aku. whoever you aree..if i'm not mistaken. Mon, i still care and love you as my good friend..please make me believe in you again :)


aku taw ayat nie memang dituju untuk aku,..aku sedar kesalahan aku...tp aku dah mntak maaf..ko perlu ingat ko bkan sesiapa nk hukum orang.sedangkan nabi ampunkan umatnye..apatah kita sebagai manusia biase..tp aku xkisah ko xnak maafkan aku..itu hak ko!!!!!perasaan ko!!!!!hati ko!!!! y penting aku dah mintak maaf..

untuk pengetahuan ko nie blog aku..jd suka suki aku la nk tulis pasal sape...

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka Raye!!!!!!

 Raya tahun nie special sikit coz kta sambut raya n hari merdeka sama...2 in 1...jarang skali berlaku kn????? 
raya thun nie aku tgk fesyen baju bnyk wat bju kurung moden dan warna kelabu mnjadi pilihan di hari lebaran nie...(termasuklah aku...hikkk....hikkk....).


Cun  x aku???keh..keh      nie lak my mum..cun ag dari aku,.klas gitu!!!!

nie pic aq n kazen..(^_*)
......aku yg pling cun kn...ha...ha...(syok sendiri )....

nie suku dari kaum kerabatku..ramai ag xde.


aku pon sempat gak pergi sambut Merdeka Raye kat RTM kelantan. sambutannye meriah laa gak..sambutan nie diraikan sempena hari raye dan merdeka...merdeka raye kann???..majlis nie pon ramai gak artis datang.( tp ramai artis yang aq xkenal..xglomour kot..:P)


 dj RTM melaungkan MERDEKA!!!!!

nie la artis yang aku mksud kan..hehe..korang kenal ker??



hehe...walaupon gmbr aku nmpk ckit pon boleh laa...wekk..:P.

  Ape2 pon dalam kita gembira di hari lebaran nie...jgn dilupa pada org yg dlm kedukaan..salam takziah untuk family arwah kak shima...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....al-fatihah....amin....

  Disamping tu,bersyukur la pada yang Esa diatas kurniaan-Nya dan jgn dilupakan pada pejuang2 negara yg bnyk berbakti n berjasa pada negara...kerana mereka lah kita dapat menyambut hari lebaran nie dgn aman....

salam kemaafan tulus ikhlas dariku....
Raya!!! Raya!!! Raya!!!

DAN

salam kemerdakaan....
merdeka!!! merdeka!!! merdeka !!!





Sunday, August 28, 2011

Terkejut dengan pemergiannya.

  
  Hari nie 28 ogos 2011, aku dikejutkan dengan berita kematian seorang akak senior yang sangat periang. pagi tadi aku menerima masej dari Syazwani Mazlan yang menyatakan bahawa kak syima dah meninggal akibat kemalangan.mula-mula aku xpercaya tp setelah aku buka fb dan ramai kawan-kawan mengucapkan takziah baru aku percaya..memang susah nk percaya arwah pergi dengan sekelip mata je..masih ingat kenangan bersama arwah. mase kelas komik lecture selalu kacau arwah kerana arwah seorang yang suka bergurau dan periang....

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah.

~Al-Fatihah~

Petikan dari Surat Khabar Sinar Harian

IPOH - Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan telah dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat, katanya.

Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya, katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan.- Bernama




ya allah kau cucurilah rahmat kepada arwah 

dan tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yg beriman.

sesungguhnya dari NYA dia kita datang kepada dia kita


 kembali..dan ingatlah kematian tidak mengira usia..


ajal maut semua ditangan Nya...

Thursday, August 25, 2011

mood raye!!!!

Dah lame gler rase aq xtulis kat blog nie sampai dah berhabuk nie..gegege..sebenarnya aq xsempat la nk menulis blog..bz sngt ngan assgmnt..hehe( buat2 bz),.biase la life studentkan...kalau aq menulis lam blog nie pon aq xtaw nk tulis ape...ermm..nk tulis ape ye???k la..Di kesempatan ini aq nk mntak maaf dari ujung rmbut sampai ujung kaki kalau aq ada lakukan kesalahan kepada yang mengenali aq atau blom mengenali aq..





maaf ye kawan2x....yeyeyehh...dah nk raye..esok aq akan pulang ke kampung. Doakan perjalanan pulang aq selamat dan redhai allah ye kwan..xsabar dah nie nk jmpe adik, ma , abah n atuk n semua la kat kmpung..kepada kwn2 aq yg kat kampung 2 nnti raye jemputlah datang ke rumah ye..aq tunggu korng datang umah taw..hehehe,,k la sampa sini je la aq menulis ary nie...nie pon dah msuk waktu subuh dah...k bye3x..jika ade kesempatan aq menulis lg ye....




Sunday, April 10, 2011

"sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"..itu lah kata-kata yang sangat berharga..sahabat bukan untuk dijadikan teman semasa senang sja.. tetapi semasa susah..ade dikalangan manusia hanya mencari teman sewaktu dalam kesusahan..bila senamg sahabat yang selama ini bersusah dengan nya langsung tidak dihiraukan..manusia2x...tapi itu lah hakikat sebenar..terlalu ramai sahabat yang Allah kurniakan untuk diri kita.. sama ada kita menyedari atau tak sahabat adalah orang yang paling hampir dengan diri kita.. kita menganggap bahawa sahabatlah yang terlalu memahami kita.. tapi, tidakkah kita ketahui ada lagi sahabat yang lebih memahami diri kita.. dikala kita gembira,Dia akan lebih menggembirakan kita.. Dikala kita bersedih, Dia akan menenangkan kita.. berdoalah. Sahabat kita ini tidak akan pernah meninggalkan kita, melupakan kita walau apapun keadaan kita...ini adalah tip untuk mencari sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

>Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

>Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

>Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

>Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

>Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

>Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

>Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

>Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

>Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

>Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

>Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

>Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;


>Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

>Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

>Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

>Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

>Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

>Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

>Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.

Sunday, March 20, 2011

mimpi menakutkan...

pernah x korng bermimipi dunia dah nk kiamat???
hye...bercakap hal mimpi nie,sbnrnye mimpi ade petanda ataw pom sume mimpi ni adelah maenan setan jerk???aku pom tak taw...tetapi 2 hari sebelum tsunami berlaku aq dah mimpi dunia kiamat...korng caye x???......aq pon xcaye mimpi aq jd kenyataan ats bumi jepun....walaupon bkn kiamat tp tsunami adalah petanda kiamat kecil..mimpi itu sungguh menakutkan...rase cam aku btol2 dlm dunia kiamat n aku smpai terkata,hari ni da kiamat?????bangun jer tdow aq menangis sendirian dan terus solat....perasaan takut 2 smpai x terkata...cuba korng banyangkan dunia btol2 kiamat????? mula2 aq mimpi aq ngan kawan2 jalan2 shoping..pas 2 pergi sekolah lame...mse kat sekolah 2 aq tngok langit mnjadi merah dan tanah mula merekah..bumi rase bergegar dengan laju..sekolah aq berputar dari arah depan mnjadi belakang...sume orang melarikan diri...perasaan takut menguasai diri..kerete bertembung sesama sendiri..binatang-binatang dalam hutan sume keluar berkeliaan nk selamatkan diri..dunia menjadi huru hara...masing-masing nk selamatkan diri tidak hirau anak atau sesiapa pon..bunyi orang mennagis, menjerit, melaung sume ade...bangunan sume dah runtuh...arhhhh...memamng menakukan...xsnggup aq nk ingt kembali impi 2...aq cite kt kwan aq...selepas 2 hari dye lak yang mimpi dunia kiamat.....ape petanda sume nie?????????
lepas pada 2 aq dah makin takut...nk buat ape msti ingt yang MAHA ESA...


ya Allah Aq mohon padamu SelamatkanLAh orang yang beriman pada mu dan bukalah pintu hati umat mu supaya insaf...dan aq berterima kasih pada mu kerana telah menunjukkan betapa seksa hidup tanpa iman kepadamu dan membuka pintu hatiku untuk insaf......dan aq haraf aq kekal dengan perubahan yang berlaku terhadap diri ini...amin..

.

Sunday, February 6, 2011

:::PROGRAM MASUK HUTAN:::

:::Jumaat:..4/2/2011...tarikh nie aq xkan lupa..aq eppy sngt coz nie first time aq join aktiviti lasak 4x4, dirt bike rtm....aktiviti skuad nie mmg mncabar gler,  nie nk cite lak persaan ku..cam2 ade..gembira.takut,teruja,penat,n cam2 lagi laa..selama nie dah pernah join tp xde la mncabar cm nie....smpai aq leh tngok keta pajero terbalik 4 tayar ke atas....kalu berpeluang aq nk join lg..aq mmg suka program lasak cm nie..

mai nk cite sal program nie...kami bertolak dari RTM kol 9 pagi...tmpat y dituju ialah kg bahagia...pelbagai rintangan n halangan terpakse kami tempuh antara nye jalan y teruk..kereta tersangkut dlm lumpur....kami terpakse membina jambatan untuk dilalui...knderaan rosak n bermacam2 lg laa...setelah smpai kg bahagia kami kecewa coz xde tempat menarik untuk kami berkhemah...akhirnye kami berpatah balik untuk ke kg sokor....dalam perjalanan keluar ke kg sokor ade sebauh knderaan terbalik dalam sungai 4 tayar keatas...dalam keta tu ade 3 org..nasib baik semua selamat...mereka terpakse keluar ikut tingkap..kami mengambil mase 2 jam untuk naikkan kereta dari sungai 2..dasyat doe..aq xpernah tngok keta jatuh cmnie...aq tabik r ngan skuad 4x4 n dirt bike nie...mereka berkerjasama membantu menaiki kereta 2...aq kehairanan melihat teknik diorng gunakan untuk naikkkan knderaan 2..selesai menaikan knderaan 2 kami teruskan perjalanan ke kg sokor..kami tiba dikg sokor pada jam 2 pagi...korng bayangkan 1 hari kami berlapar...smpai je tmpat 2 kami pasang khemah..pas 2 mula masak...pas makan je kami terus g tdow...penat menaiki kereta "kuda"..heheheh tp nk tdow pon xsyok...coz tmpat 2 penuh ngan batu besar..terpakse la kami tdow atas2 batu 2..

pada keesokannye , aq, tehah n aty bngun awal2 pg lg...org lain sume xbngun lg..coz xnak org lain tngok kami mndi..hehehehehe..air dye sejuk gler...mengigil aq..lepas mndi aq goreng nasi..walaupun nasi keras abis gak satu kuali 2..hahaha,,,al-maklum la sume lam kelaparan....lepas makan aq setup set karoeke...mse nie relask2 r...lepaskn tesion.....lepas ade yg cari ikan..aq hanye relaks je..pas 2 aq kemas smle set kareoke 2...dah nk blik laa..hehehe,,,kol 1 ptg kami bertolak blik ke rtm...sampai sini perjalanan ku..nnti aq upload gmbr lak erk...



Wednesday, February 2, 2011

Beza Suka Dan Cinta

 Di hadapan orang yang kita cinta,
 hati kita akan berdegup kencang.
 Tapi di hadapan orang yang kita suka, 
hati kita akan gembira.


 Di hadapan orang yang kita cinta, musim 
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat 
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.



 Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi 
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.


 Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


 Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

 Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Monday, January 31, 2011

:(




bestnye......romantik g2...windu ase..
sejak akhirr2 nie aq rse sunyi sngt2...trse nk couple cm dlu2...
tp aty nie blom sdia nk trima pengganti "dye".dah 2 tahun aq xcouple..
aq tngok kwn2 aq ade pasngan bhgia je...
kdng2 terdetik gak nk couple tp..........
ssh nk ckp..aq rindu nk mnje2 cm dlu...skrng aq xtaw nk mnje ngan sape..
ade ker y nk offer???hehehhe.
sje je...main2 je...

Wednesday, January 26, 2011

Di mana Cantiknya Seorang Wanita?

Cantiknya seorang wanita itu,
 sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstick pada bibir mekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
 Cantik seorang wanita itu, 
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanita itu
,
 sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu,
 
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

@};-Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada dir..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu

Tuesday, January 25, 2011

Program RTM



Nk taw cite sal aq praktikal x????mai sni nk cite..
hahahaha.....aq praktikal kt RTM kelate..tp kt sni xde keje sngt...
boring je..hari2 aq dtng ofis keje nye on9 fb...hehehehe..
tp aq ade gak keje luar..
BEST....
 nie sblum bertolak untuk program gotong-royong bersih sekolah y kena banjir ary 2...
sblm nie pon aq ade sertai gak program bantuan bnjir...
tp pic dye lam fon..xsmpt nk copy lg..
nnti aq msukkan erk??


semangat kan aq dngr taklimat sblum memulakan program nie..
hehe...sbnrnye xde la smngat sngt tp fhm2 je la...
aq nie kn xbrpe tinggi..jd terpakse la jinjing kaki..
xnmpk nk tngok owg kt dpan 2..

selain aq g gotong-royong...aq ade tugas lain..
tugas aq adalah kne pengang mic & temu bual
pengarah kelate fm, dj2 kelate fm,
ketua bomba n ade la 2,3 owg lg..

Nie la skuad 4x4,the dirt bike n staff RTM..
RTm banyak berkerjasama ngan skuad 4 x 4, the dirt bike.
sebut je sal skuad nie4x4 nie..
aq teringat y 4 ary bln nie aq n tehah nk p masuk hutan..
merentasi 12 sungai..xsbar asenye nk g..


selain aktiviti  nie aq n tehah sempat lg berposing-posing..hehe
 pic nie diambil mse waktu mkn kt balai bomba..
aq ternmpak satu kumpulan moto dirt bike...
aq n tehah berebut nk naik moto nie..coz moto nie pling lawa..
tp syunk....aq xsmpai nk naik..jd dpt la tehah y naik..
aq terpakse menongeng kt blkng 2...:(
cedihhhhhhhhh...


 hahaha...nie pula gmbr model2 krete...kete aq pling lawa kan???
pic sblum pg program..
boring menunggu y lain smpai kami pon bergambar la..
aq suke join aktiviti luar ofis...
hope bnyk lg aktivit y aq dpt join..
k laa...smpai sni je laa...
nnti aq upload ag erk gmbr y aq nk p msuk hutan 2..

Monday, January 24, 2011

aty y sensara..........

sjak aq jmpe seseorng begitu mirip ngan dye....
aty n otak aq sntiase ingt dye...
knpelah ssh sngt aq nk lpe kn dye.,,
sdangkan dah hmpir 2 tahun aq berpisah ngan dye...
ermmm...mybe prsaan syunk aq kt dye masih ade kot..
al-maklumlah kami couple hmpir 4 kot..
tp atas kehendak ilahi hbngan kami xkekal...
aq terlalu syunk dye...pelbagai cabaran n rintangan kami tempuhi bersama...
dulu banyak masa aq dihabiskan bersama dye...
mak n fmly dye sume dah knl aq....
pade mulanye mak dye merestui hubungan kami 
tp nape mak dye pakse dye khawin ngan popuan lain..??
sungguh xadil....mse aq dpt taw y dye terpakse khawin,
aq bagaikan nk gler...
aq xdpt terima kenyataan krna aq terlalu syunk dye...
dye pon xnak lpaskan aq...
tp aq terpakse beralah kerana itu kehendak mak dye...
biar aq sengsara demi dye bahagia....dan akhirnye dye khawin.....
walaupun dye dah 2 tahun  khawin 
aq still mengikuti perkembangan   idup dye melalui kazen dye....
thank apiz...apiz bnyk bagi maklumat mengenai kehidupan dye skrng...
aq xde niat nk rntuhkan rumah tangga dye..
aq just nk taw kehidupan dye..
apiz ckp dye dah cerai ngan isteri dye..
tp aq xtaw la tol ker x...???
aq pernah terfikir nk kmbali pade dye...
tp aq xsnggup nk tempuhi derita skli lg...
ckuplah sekali je aq rase sakit y terlalu sakit........
korng sume bnyngkan kerana terlalu sakit aty,
 aq dah  xde aty nk couple2 nie..
aty ku terlalu sakit nk terima cinta.....
rmai kwn2 aq tnye nape aq xpernah nk couple...???
k skrng dah terjawabkan knpe aq xnak couple..
mybe ingatan aq kt dye masih lg utuh..n sukar dikis..
n mybe........... 
aty aq blom terbuka untuk mne2 laki....blom tibe masenye...